? ??????????????Astral Love? ????? ?? ???Rating: 3.5 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 1402 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Never Ending Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (6 Ratings)??0 Grabs Today. 3342 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

GREETING

Friday, August 14, 2009

PPSMI? Wajar ke?

Sejarah perlaksanaan


PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

(petikan dr http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris)


Objektif

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam PPSMI daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Jd, langkah melaksanakan PPSMI adalh 1 langkah yg baik olh kerajaan dan patut di beri pujian.


Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.


SEBALIKNYA..................... Ada perkara yg perlu dipertimbangkan jugak.


REAKSI MASYARAKAT

Pelaksanaan PPSMI secara tergesa-gesa ’ad hoc’ tanpa perancangan rapi menimbulkan berbagai-bagai reaksi masyarakat. Antara yg perlu diberip 'PERHATIAN':


  • Bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan Perkara 152(1) yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan.......pjg sgt
  • Bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967: Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi telah diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) seperti berikut:

"Kechuali sa-bagaimana di-peruntokkan dalam Akta ini dan tertaklok kepada perlindongan2 yang terkandong dalam Perkara 152(1) Perlembagaan berhubong dengan mana2 bahasa lain dan bahasa mana2 kaum lain dalam Malaysia, bahasa kebangsaan hendak-lah digunakan bagi maksud2 rasmi”.

  • Bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996: Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Pengantar Utama. Seksyen 17, Akta Pendidikan 199 menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Pengantar Utama seperti berikut
(1) Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyn 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

bermaksud

Peruntukan subseksyen 17(1) bermakna pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas hendaklah secara utamanya dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, kecuali bagi Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pelaksanaan PPSMI akan menghilangkan identiti bangsa, kepatriotan dan kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa akhirnya akan lenyap peranannya. Istilah-istilah baru dalam bidang sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan sebagainya tidak akan dibentuk lagi.

(http://7kilas.blogspot.com)

Kajian yg di buat oleh UPM

Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.

  • Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:
    menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
  • PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Kajian PPSMI oleh UPSI

  • 70-80 peratus pelajar Melayu sekolah kebangsaan masih menghadapi masalah mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris walaupun telah menggunakan Bahasa Inggeris sejak tahun 2003.
  • Kira-kira 83 peratus murid Tahun 5 dari semua keturunan mendapati sukar mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris dengan peratusan tertinggi di kalangan murid Melayu (84 peratus).
  • Hampir 83 peratus murid Melayu tidak faham pengajaran guru Sains dalam Bahasa Inggeris.
  • peratus pelajar yang beroleh D dan E Matematik dan Sains PMR amat tinggi dan membimbangkan. Hampir separuh daripada pelajar tersebut iaitu 44.08% (Matematik) dan 45.94% (Sains) mendapat D dan E. Dengan keputusan seperti ini kita boleh bayangkan kemanakah mereka akan pergi selepas SPM.

Cadangan

KPM perlu menyemak semula kandungan kurikulum Bahasa Inggeris, membaiki pedagogi, menambahkan waktu pembelajaran(bg sujek2 yg b'kaitan dgn BI), dan sebagainya sebelum melaksanakan semula PPSMI.

  • Sekolah rendah

penekanan pengajaran Bahasa Inggeris perlu diberi kepada kemahiran bahasa asas interpersonal (Basic Interpersonal Communicatif Skills atau BICS) yang memberi kemudahan kepada penggunaan bahasa untuk berkomunikasi.

  • Sekolah Menengah

kurikulum Bahasa Inggeris perlu memberi penekanan kepada latihan-latihan dan penggunaan bahasa Inggeris untuk memantapkan kemahiran berbahasa kognitif akademik (Cognitive Academic Language Profeciency atau CALP) yang menekankan kemahiran berbahasa, khusus untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

So lu pikirrr lah sendiri......................... (sy yg mewakili DIRI sy sendiri ingin, ingin meminta maaf kpd pihak2 yg "BERKENAAN".... I'm sorryyy.....peace no WARR)

Sekian, Trimakassihhhh!!!

Thursday, August 13, 2009

Program Penempatan dan Pekerjaan

Askum..... apa habaq?

Oklah... Ari ni aku nak g tau skit kat korang semua pasal krusus yg aku ambil/jalani kat 'syarikat infogenius' ni. Tapi sebelum tu, 'aku nak habaq mai skit kat hampa semua' yg hari ni aku ada terasa 'malas banyak' jadi aku terang secara 'ekspress' je lah. Yang selebihnya korang boleh layari laman web http://www.bharian.com/ , http://www.jobsmalaysia.gov.my/ @ http://www.infogenioes.com/

Bagi aku Program Penempatan Pekerjaan adalah satu usaha kerajaan yg bagus(setakat ini) bg meningkatkan kemahiran seseorang individu dari segi aspek komunikasi, motivasi diri, dan sebagainya selain daripada memperlengkapkan/menyediakan utk memasuki alam pekerjaan dan dapat menambahkan tenaga kerja @ sumber manusia yang berkebolehan dalam melakukan pelbagai tugasan (lebih flexsible).

Contohnya: Mcm diri aku, walaupun krusus yg diambil kurang sesuai dgn bidang yang ingin diceburi, tapi aku berpeluang utk belajar sesuatu yang baru dan dapat meningkatkan/ menambahkan lagi kemahiran2 baru yg belum aku "terokai" dgn harapan dapat menjadi individu yg lebih flexsible dan 'berkebolehan' dlm 'pelbagai' bidang.

Selain tu aku dpt menggunakan 'sepenuhnya' masa lapang/terluang dgn lebih efektif dan dpt menghindari drpd gejala2 yg negatif spt melepak, merompak, mencuri, meragut dan seumpamanya.


Kelebihan Skim Latihan:

1.Elaun sara diri RM500 - RM800 sebulan (tp aku dpt RM500 ja. huhuhu)
2.Yuran dibiayai
3.Persijilan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran,Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)4.Penempatan kerja bergaji setelah tamat (Jawatan and Majikan sedia ada)
5.Tempoh latihan hanya 3 bulan


Kekurangan

  1. Pekerjaan/latihan yg diberi 'mungkin' x sesuai dgn bidang yg diceburi (jenis rembat apa yg ada).
  2. Tempoh latihan yg singkat (
  3. Peralatan yg digunakan kurang bermutu (asik-asik recycle paper)

Yang lain2 korang paham2 la sendiri ekkk.




Inisiatif dari kerajaan (Petikan dari http://www.bharian.com/)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam serta swasta bagi membantu mengurangkan keperitan golongan pekerja yang diberhentikan, siswazah menganggur dan keluarga mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata daripada 163,000 peluang latihan dan pekerjaan yang akan diwujudkan itu, 100,000 membabitkan inisiatif usaha sama antara kerajaan dengan sektor swasta.

“Sasaran program ini adalah untuk memberikan manfaat kepada pekerja yang diberhentikan, diberhentikan sementara serta mereka yang mengalami kekurangan pendapatan serta siswazah menganggur.

“Program latihan ini akan dilaksana pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi latihan swasta,” katanya berucap membentangkan Bajet Mini di Dewan Rakyat, semalam. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, tumpuan utama program latihan berkenaan adalah untuk meningkatkan kemahiran mengikut keperluan industri serta memudahkan lagi mereka memasuki sektor guna tenaga.

Katanya, kerajaan juga akan melaksanakan penempatan pekerjaan dan memberi insentif kepada majikan untuk mengambil dan melatih pekerja tempatan, sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan peruntukan RM700 juta.

Beliau berkata, antara program yang akan dilaksanakan, termasuk menambah bilangan peserta di bawah Program Latihan Khusus dan Program Latihan Semula kepada pekerja yang diberhentikan serta Skim Latihan Dual Nasional untuk memberikan kemahiran kepada golongan yang masih bekerja.

“Kerajaan juga akan menambah program latihan dengan kerjasama pertubuhan industri dan syarikat yang terbabit seperti elektrik dan elektronik, pengimpalan, robotik serta pembinaan.

“Di samping itu, lebih banyak latihan kemahiran industri dan teknikal akan dilaksanakan oleh Pusat Latihan Kemahiran di semua negeri bagi 10,000 orang pelatih,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan menyediakan latihan sambil bekerja untuk siswazah menganggur, terutama dalam sektor kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara bagi tempoh dua tahun membabitkan 1,000 orang.

Pada masa sama, katanya, kerajaan menyediakan 2,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di GLC, terutama dalam sektor perkhidmatan seperti penyumberan luar, penerbangan, utiliti, kesihatan dan multimedia kreatif;

“PUNB akan melaksanakan program latihan sangkut untuk siswazah dan pemegang sijil kemahiran. Peserta akan ditempatkan di syarikat yang mempunyai pelaburan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) selama enam bulan hingga setahun.

“Apabila tamat latihan, peserta layak mendapat bantuan kewangan di bawah Skim Prosper untuk memulakan perniagaan. PUNB mensasarkan 2,000 siswazah akan dapat dilatih di bawah program sangkut ini,” katanya.

Najib berkata, seramai 500 siswazah pula ditawarkan menyertai Program Tunas Mekar bagi menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan dan menambah nilai kepada industri kecil dan sederhana (IKS).

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan mewujudkan 22 JobsMalaysia Centre dan menambah baik 109 pusat sedia ada bagi akan ditempatkan di lokasi tumpuan awam, termasuk di kompleks membeli-belah, sekali gus memudahkan akses pekerja dan majikan mendapatkan pekerjaan.

Di samping itu, katanya, lebih banyak karnival pekerjaan berskala besar pada peringkat kebangsaan akan diadakan bagi memudahkan penganggur dan pekerja yang diberhentikan mendapat pekerjaan dengan sektor awam serta swasta.


INTI PATI

  • Mengurangkan pengangguran, menambah peluang pekerjaan
    50,000 jawatan kosong pada peringkat profesional dan sokongan dalam perkhidmatan awam Persekutuan diisi segera.
  • 13,000 pekerjaan untuk pegawai secara kontrak diwujudkan di agensi kerajaan.
  • 10,000 pelatih jalani latihan kemahiran industri dan teknikal di Pusat Latihan Kemahiran di semua negeri.
  • 2,000 siswazah dan pemegang sijil kemahiran sertai program latihan sangkut PUNB.
  • 2,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di syarikat GLC, terutama dalam sektor perkhidmatan seperti penerbangan, utiliti, kesihatan dan multimedia kreatif.
  • 1,000 graduan menganggur sertai latihan sambil bekerja, terutama dalam sektor kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara bagi tempoh 2 tahun.
  • 500 siswazah serta industri kecil dan sederhana (IKS) ikuti Program Tunas Mekar untuk galak siswazah menceburi bidang perniagaan dan menambah nilai IKS.

Wednesday, August 12, 2009

Apakah Maksud 1 Malaysia?




(RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN)


Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk m
embina satu Negara Bangsa.

Slogan satu Malaysia pada pendapat "AKU"

Pada pandangan 'mata kasar' aku laaa... kan, laungan satu malaysia merupakan satu slogan/kaedah baru yg diperkenalkan oleh PM kita yg ke-7 selepas slogan 'Malaysia ku Cemerlang, Gemilang dan Terbilang' (oleh Pak Lah/PM ke-6) utk menarik perhatian rakyat utk menyatupadukan semua kaum di Malaysia (x kira agama, bangsa n status) supaya membentuk 'satu masyarakat' malaysia yg sentiasa hidup dalam keadaan yg 'aman', saling tolong-menolong, mempunyai semangat kenegaraan yg tinggi dan berdaya saing dalam menempuh arus pembagunan yg kian mencabar terutama dari segi aspek ekonomi.

Sebenarnya slogan baru yg di laung i2, sama je ngan slogan2 yg digunakan olh perdana menteri-perdana menteri sebelum ni di mana konsepnya adalah sama (semuanya menjurus kepada perpaduan kaum/serumpun 'kaum'/what ever lah) cuma diberi nafas baru utk membangkitkan/ supaya rakyat boleh menerima perubahan (membuat anjakan paradikma) ke arah membentuk 'satu malaysia' yg lebih teguh/kuat dlm menghadapi persaingan secara global selain ingin membuktikan kejayaan 'Pihak Kerajaan' (PM ke-7) dalam membasmi isu perkauman di negara yg sgt2 aku 'cintai' ini.


Bg aku...., perpaduan di antara kaum di malaysia, amatlah sangat diperlukan untuk menjana pembangunan negara dalam semua sektor lebih-lebih lagi dr segi aspek ekonomi. Jika 'isu-isu' yg berbangkit ini x dpt di bendung dan berlarutan(pihak kerajaan dan rakyat), ia akan menyebabkan kegagalan dlm 'sistem masyarakat' yang sedia ada. Masalah sebegini "pernah berlaku" dan tlh menyebabkan 'peperangan' diantara kaum sehingga hampir2 menyebabkan perpecahan kaum 'di sini'. Perkara2 sebegini perlu dielakkan bg mengelakkan 'dasar campurtangan' pihak asing yang amat menjengkilkan spt USA, British @ makhluk asing spt Predator, Alien, ultraman (kalau benda2 cam ni blh terlibat, memang x tercapai di akal gue).



SATU MALAYSIA: Satu Analisa(Petikan dari UTEM BLOGGER)

Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, pemimpin negara masih lagi berjuang memperkenalkan pelbagai slogan dan kaedah bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama. Terbaru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan konsep ‘Satu Malaysia’ yang bermotokan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Umun sedia maklum, konsep ini diperkenalkan bagi mewujudkan satu uniti baru dikalangan masyarakat majmuk di bawah satu nama, Satu Malaysia. Antara kegagalan utama kerajaan 'Malaysia' dan mungkin kerajaan hampir diseluruh dunia adalah memecahkan blok-blok pemikiran berlandaskan perkauman dikalangan rakyat dan pemimpin politik. Negara yang mendakwa dirinya sebagai paling bertamadun juga masih gagal memecahkan blok perkauman, buktinya masih berlaku sikap prejudis dan penindasan ke atas warganya yang berkulit hitam. Kemenangan Mubarrak Hussein Obama? Itu kenyataan yang masih boleh dipertikaikan jika dinilai dari sudut pilihan, keterampilan, dan strategik politik ketika pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) berlangsung. Memikirkan penyelesaian kepada isu ini dalam konteks negara Malaysia, Perdana Menteri (PM) Malaysia ke-6 kelihatan begitu optimistik dalam memperkatakan tentang konsep ‘Satu Malaysia’. Konsep ini pada pengamatan awal diharap sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jurang jika pun gagal memecahkan blok-blok pemikiran yang berlandasan perkauman. Namun, kepimpinan baru ini perlu berani tampil dengan idea-idea baru walaupun ia mungkin akan mencantas imej lapok mereka sebagai pejuang satu ‘bangsa’.
Antara perkara awal yang wajar dilakukan untuk merealisasikan konsep ini adalah kembali di’tajdid’kan media rasmi milik kerajaan. Apa yang perlu ditajdidkan adalah kaedah penyampaian, interpretasi berita, fokus utama berita, dan ketelusan maklumat. Masalah utama media milik parti-parti politik adalah terlalu membicarakan segala isu dalam kukun bangsa yang diwakilinya seperti survival bangsa, betapa bangsanya terancam, bangsanya yang ditindas, bangsanya dilayan seperti kelas ke-2, bangsanya yang dipinggirkan, dan sebagainya. Imej lapok dan konservatif ini perlu kembali dicorakkan dengan imej baru yang mana media bercakap tentang survival masyarakat Malaysia tanpa perlu memfokus pada mana-mana bangsa atau kaum tertentu. Media juga perlu hadir sebagai wacana ilmu yang membicarakan isu kemiskinan, ekonomi, budaya dan sosial merentasi sempadan bangsa.
Melayu, Cina dan India adalah berbeza, mana mungkin boleh duduk pada kerusi yang sama? Silapnya media selama ini adalah apabila terlalu memperbesarkan isu berbezaan namun kurang menekankan persamaan yang dikongsi bersama. Sering kali yang menjadi tajuk utama media adalah betapa putihnya bangsa kita, dan betapa hitamnya bangsa lain. Kita terlalu menekankan betapa sucinya adat dan budaya kita, sehingga kadangkala menimbulkan perasaan bahawa Malaysia ini hanya wajar dilihat pada satu identiti bangsa sahaja. Media sewajarnya meraikan persamaan yang dikongsi setiap insan tanpa mengira bangsa atau agama. Setiap insan berkongsi banyak persamaan tanpa perlu diketahui bangsanya, agamanya, atau ideologi politiknya. Betapa insan ini berkongsi sifat mencintai keamanan, memusuhi kezaliman, berbelas kasihan, tolong-menolong, saling menghormati, dan pelbagai lagi persamaan yang sewajarnya diraikan bersama. Jika yang ditonjokan itu betapa kita dan yang lain itu berbeza, maka sukar untuk kita bertemu persamaan hatta pada satu titik.
Jika media boleh dilakukan perubahan atas kapasiti empunya milik, namun cabaran terbesar dalam memecahkan blok-blok pemikiran perkauman ini adalah mengubah cara fikir masyarakat Malaysia. Tajdid fikir ini memerlukan kempen yang hebat dan juga berteruskan agar pemikiran masyarakat Malaysia sentiasa bersedia melakukan sebarang perubahan dan anjakan paradigma. Perubahan ini melalui 3 fasa utama iaitu cara melihat sesuatu isu, cara berfikir, dan tindakan. Bermula dengan fasa pertama iaitu cara melihat sesuatu isu, ia lebih kepada satu bentuk andaian awal terhadap sesuatu. Berbicara dalam konteks hubungan antara kaum, setiap anggota masyarakat harus mempunyai sifat bersangka baik dan tidak prejudis terhadap mereka yang tidak sebangsa. Realiti masa kini, hubungan kaum di Malaysia tampak baik, namun itu hanya saduran kerana persepsi negatif dan sikap prejudis pada bangsa lain masih dominan menguasai masyarakat di Malaysia. Fasa kedua pula terarah kepada cara kita berfikir dalam menilai sesuatu isu atau permasalahan. Cara fikir lama yang beku seperti berfikir hanya pada kepentingan bangsa sendiri harus segera diluputkan, ia harus berfikir mewakili masyarakat Malaysia secara keseluruhannya tanpa perlu dibatasi pada mana-mana sempanan bangsa. Cara fikir ini selari dengan fikrah Islam yang menyeru umatnya berlaku adil hatta pada masyarakat bukan Islam. Fasa ketiga dan yang terakhir iaitu tindakan yang mencerminkan hasil fasa-fasa tajdid fikir sebelumnya. Kejayaan fasa-fasa sebelumnya akan dinilai pada kaedah dan pelaksanaan tindakan yang diambil. Penilaian itu boleh bersandarkan pada jawapan bagi soalan-soalan berikut, Apakah masih ada bantuan hanya pada bangsa tertentu atas kapasiti bumiputera tanpa mengira kelayakkannya? Apakah masih wujud sikap hanya membantu rakan peniaga yang secerah warna kulitnya? Apakah masih berlaku tuntutan-tuntutan luar biasa atas alasan dirinya tertindas?
Kesemua hal yang direncanakan ini adalah satu usaha ke arah membina masyarakat Malaysia yang berteraskan konsep ‘Satu Malaysia’. Segala usaha yang menyeru ke arah pembaikan sistem sosial dan masyarakat seharusnya disambut baik oleh semua pihak tanpa perlu dipandang sinis. Ini kerana jatuh dan bangunnya negara ini, semua dari kita bertanggungjawab ke atasnya. Jika Malaysia itu ingin dimetaforakan sebagai bangunan, maka pemimpin adalah arkitek dan rakyat adalah pembinanya. Apa guna jika kita miliki pelan terbaik jika kita gagal membinanya.

Petikan dari ajim (utem blogger)



Tuesday, August 11, 2009

Assalamualaikum... (Ari ni aku rasa mcm 'baik' skit)


Memandangkan aku ada banyak masa terluang hari ni, so aku ingat nak sambung skit lagi pasal 'taman tamadun islam'.

Hari ni aku nak cerita skit pasal kemudahan yang ada kat tempat ni (Bagi korang yang 'tak pernah' pergi ke tempat ni laaa... kan). Antara kemudahan yang terdapat di taman/kawasan ni ialah seperti :

  • B'beteng

  • Tok ku Paloh Jetty

  • Warrior Park

  • Guest House

  • Sinar Budaya Musical Performance

Ok.s krg kita 'go through one by one'(seje nak praktis bahasa inggeris :-P)

  1. B'beteng

B'beteng are divided into 3 area that is restaurant, laman selera and souvenir shop. B'beteng are a interesting places for family and public to hangout together. Located beside Terengganu riverfront, its has beautiful scenery of Kuala Terengganu City and Pulau Duyung.
Bbeteng restaurant and laman selera are open everyday from 10.00am till 12.00pm.


'Screen Shot'




2. Tok Ku Paloh Jetty

Tok Ku Paloh Jetty are located infront of Terengganu River and beside TTI Convention Centre. Tok Ku Paloh Jetty are divided into two area that is the jetty and the shop lot. Main attraction for Tok Ku Paloh Jetty are the TTI River Cruise. The TTI River Cruise started its operation on 15th March 2009.



Monday, August 10, 2009

Taman Tamadun Islam (T.T.I)




T.T.I merupakan salah satu tempat yang TERBAIK yang pernah aku lawati. Di sini, kita boleh mengenali dan menghayati sejarah peradaban Tamadun Islam dari kurun sebelum masihi dan selepas masihi.Tempat ni memang sangat menarik bagi aku sebab pemandangan landaskap dan monumennya yang begitu 'indah' dan 'klasik' serta sesuai bagi orang yang minat dengan sejarah tamadun islam 'macam aku'. Hahaha.... ( tp cuacanya Yaalllah.... panasss.... mcm dekat jee matahari tu ngan tpt nie). Apa-apa pun, korang pergi la tempat ni sebab aku nak bagi tau pun korang bukannya 'nampak' (penat aku menaip je) atau pun korang boleh layari laman web http://www.tti.com.my/map.htm. Kat sini banyak 'information' yang mungkin korang 'suka'.


Kesian pnya pasal,...... aku letak aaa.. skit 'screen shot' tempat nie. Korang saje je bagi aku rasa mcm 'bersalah'.


Masjid Kristal yg 'pertama' dan 'seumpamanya' di Malaysia









Kat sana ada semua replika masjid dr zaman sebelum masihi sehingga selepas masihi tapi bukan semua masjid kat dunia aaa.... nanti bank krap pulak kerajaan negeri terengganu tu. Huhuhu...



Nanti kalau ada masa, aku upload lagi gambar tempat ni.(ni semua Encik Affriz laaa... yang suruh. Tapi belajar punya pasal, aku wat jugak aaa... huhuhu).



Ni peta (jalan) nak pegi T.T.I. Tapi aku cadangkan, korang pegi beli peta kat pasaraya @ masuk laman web sebab aku sendiri pun tak nampak jalan kat dalam peta bawah ni. Kalau malas jugak, pegi amik kanta. Kalau malas jugak..... korang duduk umah je lah. Hehehe.



Kat sini jugak banyak kemudahan2 yang memang 'fantastik' spt Guest House(mgk ><> Warrior Park(aktiviti atas air or something like that), Tok Ku Paloh Jetty(lawatan sekeliling T.T.I) n B'beteng(mcm kefeteria jugal la). Yg lain, korang pegi masuk laman web T.T.I. Aku pun dah mcm nak balik rumah tp x dapat nak balik2 lg. Ni semua pasal Encik Hafriza


Friday, August 7, 2009

It's Come Again. It's Will Be Our lucky Day for Everyday if We still Alive

Thursday, August 6, 2009

Book

Book

There was an error in this gadget