? ??????????????Astral Love? ????? ?? ???Rating: 3.5 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 1402 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Never Ending Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (6 Ratings)??0 Grabs Today. 3342 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

GREETING

Friday, August 14, 2009

PPSMI? Wajar ke?

Sejarah perlaksanaan


PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

(petikan dr http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris)


Objektif

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam PPSMI daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Jd, langkah melaksanakan PPSMI adalh 1 langkah yg baik olh kerajaan dan patut di beri pujian.


Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.


SEBALIKNYA..................... Ada perkara yg perlu dipertimbangkan jugak.


REAKSI MASYARAKAT

Pelaksanaan PPSMI secara tergesa-gesa ’ad hoc’ tanpa perancangan rapi menimbulkan berbagai-bagai reaksi masyarakat. Antara yg perlu diberip 'PERHATIAN':


  • Bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan Perkara 152(1) yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan.......pjg sgt
  • Bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967: Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi telah diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) seperti berikut:

"Kechuali sa-bagaimana di-peruntokkan dalam Akta ini dan tertaklok kepada perlindongan2 yang terkandong dalam Perkara 152(1) Perlembagaan berhubong dengan mana2 bahasa lain dan bahasa mana2 kaum lain dalam Malaysia, bahasa kebangsaan hendak-lah digunakan bagi maksud2 rasmi”.

  • Bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996: Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Pengantar Utama. Seksyen 17, Akta Pendidikan 199 menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Pengantar Utama seperti berikut
(1) Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyn 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

bermaksud

Peruntukan subseksyen 17(1) bermakna pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas hendaklah secara utamanya dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, kecuali bagi Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pelaksanaan PPSMI akan menghilangkan identiti bangsa, kepatriotan dan kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa akhirnya akan lenyap peranannya. Istilah-istilah baru dalam bidang sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan sebagainya tidak akan dibentuk lagi.

(http://7kilas.blogspot.com)

Kajian yg di buat oleh UPM

Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.

  • Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:
    menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
  • PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Kajian PPSMI oleh UPSI

  • 70-80 peratus pelajar Melayu sekolah kebangsaan masih menghadapi masalah mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris walaupun telah menggunakan Bahasa Inggeris sejak tahun 2003.
  • Kira-kira 83 peratus murid Tahun 5 dari semua keturunan mendapati sukar mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris dengan peratusan tertinggi di kalangan murid Melayu (84 peratus).
  • Hampir 83 peratus murid Melayu tidak faham pengajaran guru Sains dalam Bahasa Inggeris.
  • peratus pelajar yang beroleh D dan E Matematik dan Sains PMR amat tinggi dan membimbangkan. Hampir separuh daripada pelajar tersebut iaitu 44.08% (Matematik) dan 45.94% (Sains) mendapat D dan E. Dengan keputusan seperti ini kita boleh bayangkan kemanakah mereka akan pergi selepas SPM.

Cadangan

KPM perlu menyemak semula kandungan kurikulum Bahasa Inggeris, membaiki pedagogi, menambahkan waktu pembelajaran(bg sujek2 yg b'kaitan dgn BI), dan sebagainya sebelum melaksanakan semula PPSMI.

  • Sekolah rendah

penekanan pengajaran Bahasa Inggeris perlu diberi kepada kemahiran bahasa asas interpersonal (Basic Interpersonal Communicatif Skills atau BICS) yang memberi kemudahan kepada penggunaan bahasa untuk berkomunikasi.

  • Sekolah Menengah

kurikulum Bahasa Inggeris perlu memberi penekanan kepada latihan-latihan dan penggunaan bahasa Inggeris untuk memantapkan kemahiran berbahasa kognitif akademik (Cognitive Academic Language Profeciency atau CALP) yang menekankan kemahiran berbahasa, khusus untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

So lu pikirrr lah sendiri......................... (sy yg mewakili DIRI sy sendiri ingin, ingin meminta maaf kpd pihak2 yg "BERKENAAN".... I'm sorryyy.....peace no WARR)

Sekian, Trimakassihhhh!!!

0 comments: