? ??????????????Astral Love? ????? ?? ???Rating: 3.5 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 1402 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Never Ending Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (6 Ratings)??0 Grabs Today. 3342 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

GREETING

Thursday, August 13, 2009

Program Penempatan dan Pekerjaan

Askum..... apa habaq?

Oklah... Ari ni aku nak g tau skit kat korang semua pasal krusus yg aku ambil/jalani kat 'syarikat infogenius' ni. Tapi sebelum tu, 'aku nak habaq mai skit kat hampa semua' yg hari ni aku ada terasa 'malas banyak' jadi aku terang secara 'ekspress' je lah. Yang selebihnya korang boleh layari laman web http://www.bharian.com/ , http://www.jobsmalaysia.gov.my/ @ http://www.infogenioes.com/

Bagi aku Program Penempatan Pekerjaan adalah satu usaha kerajaan yg bagus(setakat ini) bg meningkatkan kemahiran seseorang individu dari segi aspek komunikasi, motivasi diri, dan sebagainya selain daripada memperlengkapkan/menyediakan utk memasuki alam pekerjaan dan dapat menambahkan tenaga kerja @ sumber manusia yang berkebolehan dalam melakukan pelbagai tugasan (lebih flexsible).

Contohnya: Mcm diri aku, walaupun krusus yg diambil kurang sesuai dgn bidang yang ingin diceburi, tapi aku berpeluang utk belajar sesuatu yang baru dan dapat meningkatkan/ menambahkan lagi kemahiran2 baru yg belum aku "terokai" dgn harapan dapat menjadi individu yg lebih flexsible dan 'berkebolehan' dlm 'pelbagai' bidang.

Selain tu aku dpt menggunakan 'sepenuhnya' masa lapang/terluang dgn lebih efektif dan dpt menghindari drpd gejala2 yg negatif spt melepak, merompak, mencuri, meragut dan seumpamanya.


Kelebihan Skim Latihan:

1.Elaun sara diri RM500 - RM800 sebulan (tp aku dpt RM500 ja. huhuhu)
2.Yuran dibiayai
3.Persijilan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran,Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)4.Penempatan kerja bergaji setelah tamat (Jawatan and Majikan sedia ada)
5.Tempoh latihan hanya 3 bulan


Kekurangan

  1. Pekerjaan/latihan yg diberi 'mungkin' x sesuai dgn bidang yg diceburi (jenis rembat apa yg ada).
  2. Tempoh latihan yg singkat (
  3. Peralatan yg digunakan kurang bermutu (asik-asik recycle paper)

Yang lain2 korang paham2 la sendiri ekkk.




Inisiatif dari kerajaan (Petikan dari http://www.bharian.com/)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam serta swasta bagi membantu mengurangkan keperitan golongan pekerja yang diberhentikan, siswazah menganggur dan keluarga mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata daripada 163,000 peluang latihan dan pekerjaan yang akan diwujudkan itu, 100,000 membabitkan inisiatif usaha sama antara kerajaan dengan sektor swasta.

“Sasaran program ini adalah untuk memberikan manfaat kepada pekerja yang diberhentikan, diberhentikan sementara serta mereka yang mengalami kekurangan pendapatan serta siswazah menganggur.

“Program latihan ini akan dilaksana pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi latihan swasta,” katanya berucap membentangkan Bajet Mini di Dewan Rakyat, semalam. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, tumpuan utama program latihan berkenaan adalah untuk meningkatkan kemahiran mengikut keperluan industri serta memudahkan lagi mereka memasuki sektor guna tenaga.

Katanya, kerajaan juga akan melaksanakan penempatan pekerjaan dan memberi insentif kepada majikan untuk mengambil dan melatih pekerja tempatan, sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan peruntukan RM700 juta.

Beliau berkata, antara program yang akan dilaksanakan, termasuk menambah bilangan peserta di bawah Program Latihan Khusus dan Program Latihan Semula kepada pekerja yang diberhentikan serta Skim Latihan Dual Nasional untuk memberikan kemahiran kepada golongan yang masih bekerja.

“Kerajaan juga akan menambah program latihan dengan kerjasama pertubuhan industri dan syarikat yang terbabit seperti elektrik dan elektronik, pengimpalan, robotik serta pembinaan.

“Di samping itu, lebih banyak latihan kemahiran industri dan teknikal akan dilaksanakan oleh Pusat Latihan Kemahiran di semua negeri bagi 10,000 orang pelatih,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan menyediakan latihan sambil bekerja untuk siswazah menganggur, terutama dalam sektor kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara bagi tempoh dua tahun membabitkan 1,000 orang.

Pada masa sama, katanya, kerajaan menyediakan 2,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di GLC, terutama dalam sektor perkhidmatan seperti penyumberan luar, penerbangan, utiliti, kesihatan dan multimedia kreatif;

“PUNB akan melaksanakan program latihan sangkut untuk siswazah dan pemegang sijil kemahiran. Peserta akan ditempatkan di syarikat yang mempunyai pelaburan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) selama enam bulan hingga setahun.

“Apabila tamat latihan, peserta layak mendapat bantuan kewangan di bawah Skim Prosper untuk memulakan perniagaan. PUNB mensasarkan 2,000 siswazah akan dapat dilatih di bawah program sangkut ini,” katanya.

Najib berkata, seramai 500 siswazah pula ditawarkan menyertai Program Tunas Mekar bagi menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan dan menambah nilai kepada industri kecil dan sederhana (IKS).

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan mewujudkan 22 JobsMalaysia Centre dan menambah baik 109 pusat sedia ada bagi akan ditempatkan di lokasi tumpuan awam, termasuk di kompleks membeli-belah, sekali gus memudahkan akses pekerja dan majikan mendapatkan pekerjaan.

Di samping itu, katanya, lebih banyak karnival pekerjaan berskala besar pada peringkat kebangsaan akan diadakan bagi memudahkan penganggur dan pekerja yang diberhentikan mendapat pekerjaan dengan sektor awam serta swasta.


INTI PATI

  • Mengurangkan pengangguran, menambah peluang pekerjaan
    50,000 jawatan kosong pada peringkat profesional dan sokongan dalam perkhidmatan awam Persekutuan diisi segera.
  • 13,000 pekerjaan untuk pegawai secara kontrak diwujudkan di agensi kerajaan.
  • 10,000 pelatih jalani latihan kemahiran industri dan teknikal di Pusat Latihan Kemahiran di semua negeri.
  • 2,000 siswazah dan pemegang sijil kemahiran sertai program latihan sangkut PUNB.
  • 2,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di syarikat GLC, terutama dalam sektor perkhidmatan seperti penerbangan, utiliti, kesihatan dan multimedia kreatif.
  • 1,000 graduan menganggur sertai latihan sambil bekerja, terutama dalam sektor kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara bagi tempoh 2 tahun.
  • 500 siswazah serta industri kecil dan sederhana (IKS) ikuti Program Tunas Mekar untuk galak siswazah menceburi bidang perniagaan dan menambah nilai IKS.

0 comments: